Wednesday, March 30, 2016

#37 wks 5 days

tak ada langsung tanda2 besar nk bersalin. yang ada sakit budak ni menendang2.
aku sendirik seram gan diri aku. become so hot tempered.
dah ckp elok2 gan adik smlm. pg td aku marah2 die.
dasyat betui aku ni. but still die tak nk kuar..
aku tahu ni semua terjadi dgn izin Allah swt.
aku cuba kuatkan semangat. rs nk meroyan pun ade.
mcm mn adik kua nanti? ya Allah..
takutnye. belom kua aku dah start meroyan..
byk kali pujuk. kua lah syg.
senaman ketuk ketampi tu aku selalu buat. tp aku perasan kalau aku buat senaman tu,
konfem nanti aku ade rasa sakit mcm sengugut. tapi very mild. basically 5 minute only.
tgk wyg dah, karoke dah, jln2 mmg kerap lah.
tp kenapa susah sgt adik ni nk kua?
nk suh aku siapkan thesis ke baru nk kua? mmg 4-5 bulan lah nk siap..
result pn tak analysis lagi. agak lah..
aku mmg dah hampir redha kalau kene induce nanti..

rahim ni bukan tmpt kau nak, kenapa nk jugak stay dalam tu lelama?
soon u have to go out. this world belong to u. not womb.
sigh*

ini blog jiwa ni.
maaf. sekadar meluahkan perasaan.

Monday, March 28, 2016

37 minggu 3 hari mengandung

masih tiada tanda besar untuk bersalin.

malam tadi, sebelum tertidur jam 1.30 pagi, ku mengharapkan sakit yg dirasai tu berlarutan. upernya cuma bertahan 5 minit. tu pun masih very mild contraction.

tertidur bgn jam 5 pagi nk terkencing. pas kencing rasa ade lendir2 kuar. sgt mengharapkan lendir ada campur darah ke. mmg ZERO! mengharap ada contraction lagi. upernye tak de. HAMPA!

harapkan keluar hari ni, 28 March (Anniversary a year with husband), still NO ACTION!

kenapa lah kau selesa sgt dok dalam perot ni? duit byk habes ni. :'(

asik keluar je. konon2 lah nk berjalan. tapi mslhnye berjalan weh, g shopping mall.
confirm keluar belanja punya.

aku rasa dak ni mmg diminta untuk di induce.

doa surah yunus pn aku dah baca dan hafal.

segala teknik pernafasan dah study.

tinggal keluar je.

apa yg di harap tak menjadi. masa berlalu. tarikh pun berlalu.

apa lagi yang kau nak?

:'(((

Friday, March 25, 2016

#37 weeks

Hari ni Jumaat 25/3. 37 mnggu masih tiada tanda.
Cuma pagi td rasa pinggang sakit sgt. Perot memulas.
Rupanya cirit. Hehe. Tu normal lah bg aku cirit setiap pg since 3rd trimester ni.
Pastu sakit pinggang balik. Dlm hati dok pk aku ni nk bersalin ke?
Last2 aku tertido. Bgn jam 10am. Kemudian pinggang sakit balik.
Aku sbnrnye taktau constraction tu mcm mn. Maklumlah anak pertama.
Pastu sakit menyucuk2 kat miss V. Tak pnh kene mende ni.
Dl pnh rs tp menyucuk di bontot. Haha. Buat air milo relax2 atas kusi mkn.
Skrg dah ilang dah sakit tu semua. Mandi siap2. Tgh hr laki nk balik dr kj.
Tp gas plak abes. Kene beli lauk kat luar je lah. Tp since dah msk 8 bln mmg aku mls masak.
Mcm2 cara aku tanya org. Mcm mn nk bg deliver cpt. Risau tak nk smpi EDD.
Baby pn nanti besar. Nk teran confirm koyak besar. Huyooo.
Baby active je sentiasa. Skrg ni dok tendang3 je memanjang.
Almost everyday ckp gan die. Suh kua cpt. Semua brg dh prepare.
Aku siap berdoa kat tuhan cepat lah bersalin. Tp aku paham.
Semua terjadi gn izin Allah. Ada lah tu reason Dia kasik lewat skit baby kuar.
Skrg ni rajin aku update blog. Bkn sbb apa. Sbb in sha Allah.
Kalau baby dah kua nanti, leh aku flash back time2 aku tgh tgu baby kua. Heheh.
Doakan baby kua dgn mudah, cepat dan selamat.
Aku nak bersalin normal. Lately asik baca pengalaman org bersalin je.

Adik, kua cpt syg. Pls. Mak and abah can't wait to kiss u.

Tuesday, March 22, 2016

#36weeks

hupdate hupdate hupdate!

ape yang nk di update within this week? #36weeks, nothing much change.

*baby gerak active dan kdg2 sakit
*cirit setiap pagi mmg normal. :p
*kdg2 rasa mcm nk period (senggugut) tapi dalam masa brp minute hilang. aku dulu boleh dikatakan senggugut teruk jugak. tp spjg mengandung ni senggugut mmg hilang lah kan. skrg dah lupe mcm mn rasa senggugut tu. hehe..
*masih insomnia :'(
*kerap kencing - double then before
*perot kejap2 mengeras
*tak boleh langsung tido/baring melintang. sesak napas! kdg2 nk melintang jugak sbb boring posisi baring ke kiri (kehkeh, ni pon boleh dijadikan alasan ke?)
*double cepat panas ketika tido mlm- yang ni mmg setiap mlm rasa especially skrg musim el nino kan. nk beli econ kene tgu duit dari Prof. huhu..

rasa tu je kot. mlm2 berdoa pada tuhan, bkn mlm je hampir setiap masa lah. cepat dan permudahkan lah anak aku kuar nanti. kalau boleh tak nk smpi due date. naya kene induce. baby at 35 weeks pn dah 2.5 kg. oh mai. kalau 40 weeks mahu cecah 3 kg above sbb skrg mmg kuat lapar. :(

frankly speaking, aku mmg takut dan berdebar tnggu time nk bersalin nanti. maklum lah anak first kan. mudah ke susah ke? hentah lah. cuma berdoa pada Allah swt je lah. diberikan keizinan untuk cepat dan mudah bersalin. tanda2 bersalin pn tak byk sgt aku rasa lately. tu yang tkut tu. skrg ni kalau ade masa je selagi boleh kuar jln2 g shopping mall, mmg aku sanggup. tu pasal duit gaji aku habes teruk bulan ni. ye lah. dah nama kua. even window shopping pn kan? jln2 penat singgah minum dl. beli kudap-kudapan. hihihi.. oi tak sabar tgu 24 ni. gaji mari masuk...

in sha Allah, doakan aku mudah bersalin nanti. amin.


Monday, March 14, 2016

#35 weeks

hello my 35 weeks baby. how are you? makin kuat kicking right?

Jumaat ni in sha Allah masuk 36 weeks.

dalam kepala hotak makin rasa cepatlah lahir.

dunia makin panas. tiap mlm tidur mesti berpeluh je.

mak harap adik lahir lah awal. reason tak nak sampai overdue sebab takut baby jd berat nanti.

tgk pengalaman orang lain. kalau dah sampai due or overdue tu confirm baby besar.

more than 3 kg. kalau boleh nak lahir below 3 kg. 2.5 kg cantik dah. tak apa lah lahir kecil.

nanti kat luar ni minum lah susu byk2. hihi.

hari2 counting days.

skrg ni langsung tak ada tanda2 nak beranak.

last 2 weeks je rasa sakit pinggang sampai tak boleh nk bangun.

pastu skrg ok dah. cuma rasa berat je kat perut.

mohon adik keluar cepat. :p

Thursday, March 3, 2016

braxton hicks! oh NO!

Esok, Jumaat dah masuk 34 minggu. masya Allah. dari last week - 33 wks - till now mmg rasa sakit sgt badan ni. penat weh. rasa nk berehat je kat uma. tp dok uma pn tatahu nk buat ape kan, dtg UPM buat journal/ thesis pn ok jugak. cuma penat nk ulang alik g toilet, g surau. nk tdo pn tak de port yg selesa. kene tdo atas carpet. mmg sakit badan. econ je lah sejuk pn. pasang je lah brp pn kau nk. Upm tanggung. hahaha.. skrg ni dok risau lah, agak2 minggu keberapa lah kau nk kua dik. nak sgt 36 mngu  above tu die dah kuar. kalau bawah takut masuk incubator plak. dah satu hal kene stay hospital lelama. jenuh mak. nanti pantang mmg dah pasang azam nk menulis thesis. lantak apa nk jd. mngkn 2 mngu selepas bersalin ke. mohon sgt kat Allah permudahkan segalanya. skrg ni nk bgn berdiri pn susah. husband bawak kereta lelaju langgar bumper pn, masya Allah azab nye.. sakit betui bawah perut ni. adik ni plak asik tendang2 mengeliat bagai. bertambah sakit. tapi kalau senyap aku plak kelam kbut dok pk pape jadi kat adik ni. bab bersalin kat hospital mn aku pn tak tahu lagi. stress pk kn hospital serdang tgh renovate. tgk lah mcm mn. samada g ampang ke. aku nk laki aku masuk sekali time bersalin tu. sng atleast ade org leh pgg kaki aku. tkt tgk kalau terkoyak byk sgt. hmmm.. ape lah nasib. nk bersalin kat serdang boleh plak tgh renovate. skrg ni selalu sgt google tanda2 bersalin. aku rasa tanda2 yg aku dah rasa ni: sengugut kejap2, sakit pinggang bawah, perot memulas, kerap kencing, kerap kentut hihii, adik tendang kuat2, pedih ulu hati. aku google, ramai tulis kalau dah sampai tanda jangka masa panjang ni lg seminggu dua mungkin bersalin. in sha Allah. moga2 betui lah. bersalin awal ni sng. at least tak de lah berpantang dalam puasa. hahaha.. k la smpi disini sahaja. doakan kite mudah bersalin in sha Allah. adik mohon jd genius, anak yg baik, soleh, dgr kata, outspoken, eh byk lah wishnye. hiihhi. amin...