Thursday, July 25, 2013

bersyukur

Ya Allah, hati aku masi berfikir mana satu yang perlu aku pergi? jalan mana yang terbaik buat aku?
aku ditempatkan di situasi utk memilih. uitm still in my heart (kunun2 uitm dihatiku lah kan) tapi boleh kah aku melangkau lebih jauh dari ini? where should I go? ikutkan hati, nak je jadi surirumah sepenuh masa. haha! aku perlu bekerja, utk menjamin masa depan anak2. apakah tujuan aku mahukan kerja yang besar? bukan niat dihati mahu bersenang lenang. tapi niat ikhlas aku nak bantu orang lain dalam kesusahan. insyaAllah kalau Allah izinkan. tp Allah sahaja maha mengetahui. mungkin kalau aku hidup senang lenang, aku akan lebih lalai? ya Allah, kau sahajalah yang maha mengetahui. apa yang penting, agar usaha ku akan menjadi tauladan kepada orang lain dan bukan utk riak dan takbur. uitm ke unimas ke kerja? uitm alhamdulilah dapat dah. unimas pun lect dah terima proposal skrg cuma tgu sahaja jika proposal dipersetujui atau tidak. kalau tidak kena lah repair balik. unimas aku dah ade tajuk. uitm pula aku tak ade tajuk cuma aku akan fokus pada medical device. mngkn bukan tajuk yang sama, satu hal pulak aku nk kene cari mende baru. zalim pula kalau aku amek idea tajuk dari unimas. sbb bukan 100% tajuk master datang dari aku. satu hal lagi kalau aku smbung uitm, nak kene cari dan connect balik dgn doktor utk design mende baru. kat unimas aku dah ade doktor yang boleh tolong aku. nak berbincang dgn doktor bukan senang. pengalaman masa buat final year project pn dah cukup sekali dah kene sound dengan head of orthopedic department kat satu hospital tu lah. pastu nk meeting dengan doktor bukan sng. dan nak cari doktor yang boleh share idea design ni pon mslh besauuuu juga. boleh tak aku nak drop semua pastu tidur? of cos lah tak boleh kan? aku kene yakin. peluang ni mcm rezeki juga. rezeki juga datang dari Allah maha besar. Dia dah tetapkan kedudukan aku dimana. kedua-dua tempat ade kelebihan dan kekurangan. tidak ada satu pun yang tertinggal. balance. kalau aku dapat kerja pun bagus juga. kadang2 aku berfikir kalau aku belajar pon, after master nanti nak kene jugak cari kerja. unless dapat peluang jadi pensyarah terus. tapi bagi aku tak seronok lah kan jadi pensyarah tapi tak ada pengalaman kerja dalam bidang yang kita ceburi. setakat pengalaman aku jadi kerani data je mcm tak ade kene mengena langsung. dimana lah hala tuju aku ni. nak sangat bayar duit kereta sendiri, nak beli uma, nak bg duit kat mak ayah tiap2 bulan. siapa yang tak mahu bukan? 

aku cuba. aku akan cuba dan terus mencuba.

No comments:

Post a Comment